Thursday, March 4, 2010

Monday, February 15, 2010

Pelajar Tingkatan 4 maut dibelasah (Sg. Kut)

Pelajar Tingkatan 4 maut dibelasah
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my


KUCHING: Seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Dalat, mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai Kut, Dalat, Khamis lalu.

Nicholin Komeng, 16, disahkan mati di Hospital Daerah Dalat, kira-kira jam 6 pagi kelmarin selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Martin Koo, berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham selepas salah seorang suspek menuduh mangsa menganggu teman wanitanya.




Beliau berkata, mangsa dipanggil oleh dua lelaki di satu lokasi di Kampung Sungai Kut, Khamis lalu dan berlaku pertengkaran antara mereka.

"Selepas pertengkaran itu, mangsa balik ke rumahnya, tetapi tidak lama selepas itu dia kembali semula ke tempat mereka bertengkar tadi dengan membawa sebilah parang dan memanggil dua lelaki terbabit.

"Bagaimanapun, selepas mendengar panggilan mangsa, dua lelaki yang sebelum itu bertengkar dengannya datang dengan ditemani dua lagi lelaki lain. Apabila nampak mangsa membawa parang, berlaku pergelutan antara mereka dan mangsa dibelasah," katanya.

Koo berkata, selepas kejadian itu mangsa dan suspek balik ke rumah masing-masing dan keesokannya mangsa mengadu sakit di beberapa bahagian badan.

"Keluarga mangsa terkejut melihat kesan lebam di badannya dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Selepas mangsa memberitahu dia dibelasah, ibunya membuat laporan di Balai Polis Dalat, Jumaat lalu," katanya.

Koo berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang berusia 48 tahun bersama dua anak lelakinya berumur 19 dan 21 tahun serta anak buahnya berusia 26 tahun.

Memang sudah keterlaluan bagi mereka yang memperlakukan manusia seperti binatang. Sedangkan binatang lagi sayangkan anaknya. Saya amat dengan berita ini yang melibatkan seorang pelajar yang meningkat dewasa. Bayangkanbagai mana perasaan ibu bapa kepada pelajar yang meninggal tersebt. Orang sekarang memang susah. Dari perkara yang kecil boleh berbunuh-bunuhan . Berebut teman wanita??? Sepatutnya ini tak berlaku. Seeloknya perlu berbincang untuk mencari jalan penyelesaian . Bukannya membuta tuli menggunakan kekerasan.

Seperti biasa kekerasan dibalas kekerasan. Natijahnya, kekerasan yang dirasakan sebagai penyelesaian terbaik oleh pelaku mendatangkan musibah kepada dirinya sendiri. seperti dlam berita tersebut, amat jelas kedua-dua pihak menggunakan cara penyelesaian yang provokatif. ini amat bahaya kepada kebanyakan situasi. Lihat saja bukti yang disampaikan melalui berita ini. Amat menyedihkan bakal pewaris yang mencorakkan halatuju negara dimusnahkan secara begitu sahaja.apalah ertinya hidup anadai semua orang berfikiran sempit seperti ini. dunia ini amat luas. Masih banyak lagi ruang dan peluang yang belum kita jelajahi. Bila kita hanya tertumpu kepada dunia kita sahaja, kita amat ketinggalan, Sifat ketinggalan ini lah yang mempengaruhi cara hidup kita. Kita ketinggalan dalam duniawi, ktinggalan juga dalam peradaban , cara berfikir lalu memaksa kita untuk menjadi satu insan yang lemah. Yang mudah roboh dipukul ombak, condon dihembus taufan, basah ditimpa gerimis.

Monday, December 28, 2009

Kejutan 29 Disember

Syukurlah hari nie result semester satu keluar dan saya tak sangka saya berjaya mencapai keputusan luar jangkaan saya iaitu 3.67.
Sememangnya ia di luar jangkaan saya kerana sebelum ini saya merasakan saya tidak berusaha kuat untuk ke arah itu.. Mungkin Tuhan memberi peluang sekali lagi untuk saya memperbaiki kesilapan yang telah saya lalui sebelum ini.

Semester 2 bermula dengan satu azam nak dapat PNGK 3.6 ke atas. Wah agak tinggi. Tapi sebenarnya segalanya tidak mustahil dengan azam membara saya mungkin akan mencapai tujuan tersebut. Memang susah nak lalui hari-hari yang semakin perit untuk diterskan sebagia seorang student. Kalau ikutkan hati kerja tanam jagung lagi seronok(seriously!!!). Tapi demi memegang dan memikul harapan wajah-wajah tersayang nun di sebelah sana, saya patut lakukannya walaupun perit.

Diharap saya tidak akan mudah mengalah ...go..go power rangers..hehe

Saturday, September 19, 2009

Pengembaraan bermula

Macam cerita Upin dan Ipin pula yer..ini adalah satu permulaan bagi saya. Blog ni saya buat sekadar suka-suka.
Disebabkan ramai binesman suka pakai blog untuk promote diri mereka maka saya pun merasakan inilah medium yang paling bagus untuk saya memulakan segala yang patut saya buat bagi merealisasikan eliseusucces.
Saya ada matlamat yang begitu jelas dalam jangka masa setahun ini. saya ingin mengubah hidup saya yang saya rasa sering tidak lengkap. Kelmarin saya buka iklan bertajuk " 2000-5000 seminggu".
Memang sebelum saya sering melihat tajuk yang sama dan saya tidak pernah rasa itu betul. Hanya tipu daya sahaja. Tetapi semalam tengah syok membaca berita kematian Noordin Mat Top di Berita Harian Online ,saya tertekan iklan yang saya anggap sampah di laman itu. Walau bagaimanapun, entah bagaimana terbuka hati saya untuk masuk. Wah, manisnya janji-janji yang ditaburkan. Maka saya pun berminat then saya register . Keputusannya apa yang saya akan dapat...kita tunggu lah. tapi bukan boleh percaya sangat pun benda begini..