Syukurlah hari nie result semester satu keluar dan saya tak sangka saya berjaya mencapai keputusan luar jangkaan saya iaitu 3.67.
Sememangnya ia di luar jangkaan saya kerana sebelum ini saya merasakan saya tidak berusaha kuat untuk ke arah itu.. Mungkin Tuhan memberi peluang sekali lagi untuk saya memperbaiki kesilapan yang telah saya lalui sebelum ini.
Semester 2 bermula dengan satu azam nak dapat PNGK 3.6 ke atas. Wah agak tinggi. Tapi sebenarnya segalanya tidak mustahil dengan azam membara saya mungkin akan mencapai tujuan tersebut. Memang susah nak lalui hari-hari yang semakin perit untuk diterskan sebagia seorang student. Kalau ikutkan hati kerja tanam jagung lagi seronok(seriously!!!). Tapi demi memegang dan memikul harapan wajah-wajah tersayang nun di sebelah sana, saya patut lakukannya walaupun perit.
Diharap saya tidak akan mudah mengalah ...go..go power rangers..hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment