Monday, December 28, 2009

Kejutan 29 Disember

Syukurlah hari nie result semester satu keluar dan saya tak sangka saya berjaya mencapai keputusan luar jangkaan saya iaitu 3.67.
Sememangnya ia di luar jangkaan saya kerana sebelum ini saya merasakan saya tidak berusaha kuat untuk ke arah itu.. Mungkin Tuhan memberi peluang sekali lagi untuk saya memperbaiki kesilapan yang telah saya lalui sebelum ini.

Semester 2 bermula dengan satu azam nak dapat PNGK 3.6 ke atas. Wah agak tinggi. Tapi sebenarnya segalanya tidak mustahil dengan azam membara saya mungkin akan mencapai tujuan tersebut. Memang susah nak lalui hari-hari yang semakin perit untuk diterskan sebagia seorang student. Kalau ikutkan hati kerja tanam jagung lagi seronok(seriously!!!). Tapi demi memegang dan memikul harapan wajah-wajah tersayang nun di sebelah sana, saya patut lakukannya walaupun perit.

Diharap saya tidak akan mudah mengalah ...go..go power rangers..hehe

Saturday, September 19, 2009

Pengembaraan bermula

Macam cerita Upin dan Ipin pula yer..ini adalah satu permulaan bagi saya. Blog ni saya buat sekadar suka-suka.
Disebabkan ramai binesman suka pakai blog untuk promote diri mereka maka saya pun merasakan inilah medium yang paling bagus untuk saya memulakan segala yang patut saya buat bagi merealisasikan eliseusucces.
Saya ada matlamat yang begitu jelas dalam jangka masa setahun ini. saya ingin mengubah hidup saya yang saya rasa sering tidak lengkap. Kelmarin saya buka iklan bertajuk " 2000-5000 seminggu".
Memang sebelum saya sering melihat tajuk yang sama dan saya tidak pernah rasa itu betul. Hanya tipu daya sahaja. Tetapi semalam tengah syok membaca berita kematian Noordin Mat Top di Berita Harian Online ,saya tertekan iklan yang saya anggap sampah di laman itu. Walau bagaimanapun, entah bagaimana terbuka hati saya untuk masuk. Wah, manisnya janji-janji yang ditaburkan. Maka saya pun berminat then saya register . Keputusannya apa yang saya akan dapat...kita tunggu lah. tapi bukan boleh percaya sangat pun benda begini..